Laporan PwC Skandal_Zon_Bebas_Pelabuhan_Klang

Pada 28 Mei 2009, firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengeluarkan laporan bertajuk "Kajian Semula Kedudukan Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone Sdn Bhd". Laman web www.pka-report.com boleh diakses selama 14 hari sahaja mulai 28 Mei - 10 Jun 2009. [6]

  1. Jika PKA gagal membayar balik ansuran pinjaman mudah Kementerian Kewangan (MOF), ia akan meningkatkan lagi kos projek daripada RM4.632 bilion kepada RM12.453 bilion. PKA selaku operator PKFZ hendaklah segera menyusun semula pinjaman mudah MOF berjumlah RM4.632 bilion bagi mengelak potensi ingkar pada 2012.
  2. Pengurusan dan kawalan projek PKA sangat lemah. Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan PKFZ kembali berdaya maju.
  3. PKA tidak mampu membayar kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) menerusi sumbernya sendiri semasa pembayaran berjadual pertama pada 2007.
  4. Pada Ogos 2001, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menilai tanah itu hanya RM10.16 satu kaki persegi. Sedangkan PKA membeli pada nilai RM25 satu kaki persegi jauh lebih dari harga pasaran tanah.
  5. PKA dan Kementerian Pengangkutan (MOT) gagal memaklumkan kepada Kabinet Malaysia mengenai ketidakupayaan PKA untuk membiayai projek itu daripada peruntukan sendiri.
  6. PKA telibat dalam satu lagi perjanjian pembangunan lain selepas itu.
  7. Peguam Negara (AG) tidak menyemak perjanjian walaupun jumlah peruntukan yang terlibat sangat besar .
  8. PKA kurang pengalaman dalam projek seperti PKFZ ini
  9. Garis panduan Perbendaharaan bagi memeriksan perjanjian oleh AG serta kelulusan VO oleh MOF tidak dipatuhi.
  10. Surat-surat sokongan yang dianggap sebagai jaminan, dikeluarkan oleh MOT tanpa kelulusan MOF.
  11. Kontrak pembangunan bernilai RM1.846 bilion diberikan kepada KDSB tanpa bidaan yang kompetitif.
  12. Surat-surat sokongan yang dianggap sebagai jaminan, dikeluarkan oleh MOT tanpa kelulusan MOF.
  13. Wujud konflik kepentingan. KDSB ialah bekas pemilik tanah projek PKFZ dibangunkan. Aktiviti utama KDSB, anak syarikat milik penuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB), ialah pembangunan hartanah dan pembinaan.WBHSB dan syarikat kumpulan itu terlibat dalam projek menebus guna laut, pembinaan, pengorekan, pembangunan hartanah dan pengangutan marin. Sehingga 16 Jan 2009, pemegang saham WBHSB melibatkan ekuiti Datuk Seri Tiong King Sing (70%), Idris Mat Jani (10%) dan Omar Abdul Latip (20%). Pengarah KDSB ialah Tiong, Idris, Omar dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
  14. Datuk Abdul Rahman Palil(ahli lembaga 1997-2003) juga sebagai Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd yang juga pemilik asal tanah itu.
  15. Datuk Chor Chee Heung timbalan pengerusi bukan ekseutif Wijaya Baru Global Bhd (WBGB) dari April 2004 - Julai 2007 dan Pengerusi PKA dari April 2007 - Mac 2008. KDSB menjalankan kerja-kerja pembinaan di bawah DA3 antara Julai 2004 dan November 2006, semasa Datuk Chor Chee Heung merupakan pengerusi bukan eksekutif WBGB. Februari 2008, akaun akhir bagi DA3 (Perjanjian Pembangunan 3) sebanyak RM1.216 bilion diluluskan oleh lembaga. Sedangkan Chor tidak menarik diri daripada perbincangan.
  16. WBGB dan KDSB saling berkait melalui pengarah dan pemegang saham yang sama. WBGB dan syarikat induk KDSB, Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, berkongsi pemegang saham yang sama dan merupakan kontraktor utama KDSB untuk projek PKFZ. [7]